Sunday, 30 December 2012

Gathering #TeamHijrahKedah :)


Assalamualaikum :)


post kali ni cuma nak cerita pasai Gathering #TeamHijrahKedah yang ana hadiri pada 23 Disember 2012 yang lalu di Masjid Zahir , Alor Setar Kedah :)

Alhamdulillah best sangat pi gathering ni :) dapat berkenalan dengan sahabat2 baru :) jalinan ukhuwah terjalin ~ manisnya ikatan ukhuwah bila tajdidkan niat di hati kerana Allah <3

Tak boleh nak cerita panjang lebaq sebab kesuntukkan masa . hewhewhew ~

Just nak post sebahagian gambar yang diambil masa gathering ni :)

 * bak kata kawan ana : biar gambar berbicara :P * huhu~

semoga ukhuwah antara kami terjalin sampai akhirat <3

SubhanAllah ana diberi peluang untuk dapat sahabat baru yang baik baik :) rasa macam sekejap saja pertemuan ni :(





Bersama adik2 dan kakak2 yang peramah walaupun pada kali pertama pertemuan :)




Banyak ilmu yang ana dapat sepanjang gathering ni ~ antara sesama ahli berkongsi ilmu dan pendapat tentang ilmu agama dan isu semasa :)

Nurul Husna sedang memberi usrah ketika dalam sesi bulatan Gembira :) Allahu, ilmunya sangat tinggi !

Walaupun hanya 2 orang ahli muslimin saja yang dapat hadir . Alhamdulillah mereka berdua tetap memeriahkan gathering ni :)


Seniorku yg zuhud~ khusyuk mendengar usrah oleh Anas Fikri :)


Alhamdulillah seronok sangat bila beramai-ramai duduk dalam Bulatan Gembira ni, macam-macam ilmu baru diperoleh :-D

sesi Bulatan Gembira a.k.a Usrah :)
 
tuttttttt ! :)
please silent your phone :P @cc : Anas Fikri . hahaha


Akhir kata, syukur kepada sebab telah mengurniakan nikmat yang sebegitu hebat dan besarnya untuk ana!
Alhamdulillah! :)

P/S : Rasa diri kerdil sangat bila dikelilingi dengan hamba-hamba Allah yang iman dan taqwanya tinggi :(

Salam 1 KLPM ! ehh? :-P
Wassalam :)

Sunday, 23 December 2012

Sehari Di Street Dakwah,Penang ^.^

Bismillahhirrohmanirrohim :)

Salamualaiyk sohibah sohibah sekalian ;)

dah lama rasanya tak menaip . hehe .

hari ni ana nak cerita pasal aktiviti dakwah yang baru ana sertai baru baru ni pada 23 Disember 2012 .

Alhamdulillah , perjalanan ana bersama sepupu ke Pulau Pinang berjalan lancar walaupun keadaan tidak selesa dan agak payah sebab dok naik bas dan feri dari Sungai Petani ke Pulau Pinang :)

Nasib baik sampai sampai ja kat terminal feri ada akak akak AJK Team Hijrah Penang sudi jemput kami kat sana . Thanks soo muchh kak Mai dan Kak Nadya :)

sesudah tiba dekat depan Ibu Pejabat Kontijen,Penang . segala perasaan cemas ,segan dan exited semua ada  . huhu ~ mana tak nya , ana tak kenai kot depa semua . sepupu ana nasib dia ada 5 orang senior dia yg join street dakwah ni . ana? hmm,kena cari kawan baru la ~ hehe .


alhamdulillah ramai yang sanggup turun padang jugak :)

Tapi depa semua cepat mesra dan ramah :) kak syarifah dengan kak athirah yg pengelola program pun baik sgt :) kak Noor Hafiza pun cute sgt orangnya bila jumpa depan depan nih ~ Alhamdulillah ana tak lah terasa terasing . majoriti semua peserta muda muda lagi . berniqab lagi tu ! ana respect sesangat depa !

Selang berapa minit ana sampai kami semua dibahagikan kepada 6 kumpulan . Tujuan? Haa ni exited nak cita nih :) tugas utama kami ialah ~ kami kena pi setiap lorong lorong atau kawasan di sekitar Penang Road dan Lebuh Dickens dan mengedarkan pamplet dan berikan penerangan kepada orang ramai kat situ tentang kepentingan menutup aurat !



banner Kempen Tutup Aurat ~




Nampak macam senang ja kan? =.='  Allahu, hanya Allah sahaja tahu ~ hehe. bukan nak merungut tapi nak mengingatkan diri ni yang nak dai'e bukan mudah tapi Allah sentiasa membuka jalan untuk kita berusaha :) InshaaAllah . macam macam ragam manusia ni . ada yang terima seadanya penyampaian kami ada yang tak nak terima penyampain kami .


Sahabat-sahabat baru dalam team street dakwah :)


Alhamdulillah, bukan setakat orang Islam saja yang sudi dengar penyampain dakwah kami tentang kepentinga aurat tapi orang bukan Islam jugak :) kami dapat menyampaikan dakwah kepada seorang lelaki berbangsa Inggeris dan Cina . Allahu , depa dengan sporting dan bersungguh sungguh dengar penyampaian kami tentang aurat dan Islam . Didoakan depa diberi hidayah Allah untuk memeluk Islam . Allahumma ameen :D


Bersama uncle dari England yg sangat sporting mendengar dakwah kami :)

Kami semua diberi masa sejam untuk mengedarkan pamplet tu pada orang ramai . walaupun dibawah sinar mentari yang terik kami berjalan jalan disekitar Penang Road tu . kami tetap kuatkan semangat untuk berdakwah ~ :D

Semoga penat lelah ni amat bernilai di sisi Allah . InshaaAllah :)

Dalam pukul 12.30 tengahari tu kami di beri pelepasan oleh kak Athirah dan kak Syarifah untuk pi rehatkan diri dan buat persediaan solat zuhur :)

Syukur alhamdulillah walaupun pertemuan kami seketika cuma , banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ana peroleh :) segala kenangan di sana akan ana simpan rapat rapat dalam hati ni .

Semoga pertemuan seketika cuma ni akan barakah dan menjadi ingatan paling manis sohibah sohibah yang berpanjangan sampai bila bila :) Allahumma ameen !

Jom berdakwah :)


P/S : Jalan dai'e berliku tapi dengan adanya Allah di hati , InshaaAllah diluruskan :)




Tuesday, 18 December 2012

Menghitung Hari

  بسم الله الرحمن الرحيم

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوه الا بالله  ♥

Salamualaiyk sahabat sahabatku :)

 الحمد لله  berjumpa lagi kita .

Sebenarnya mata ana dah berat , yg menandakan ana dah mengantok ! tapi,rasa nak menaip tu still berkobar kobar . So, ana teruskan niat baik ni. chewah! haha.

Tajuk post kali ni "Menghitung Hari" ? haha. lain mcm ja kan bunyi dia :) hehe. mcm nak kawen pung ada . mcm tunggu org mai minang pung ada :-P (Allahu :O ,gatai sungguh mu ni nazira !) hahaha :-D

Sebenarnya lagu ni , ana sedang menghitung hari nak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pergigian Kanak – kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang :-D hmm,ana bukan apa,ana tak sabaq pi sambung belajar buat kali "kedua" selepas berhenti pengajian dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)  :( sbb ...



ni la tempat ana belajaq nanti  :)


Seriously nak habaq ni. boring sangat dok umah :/ rindu nak rasa suasana belajaq :) hehe. lagipun rasa nak "sibukkan diri" , sebab nak lupakan segala yg rasa tak penting dlm fikiran ni  =.='  huuu ~




Dah berazam nak tumpukan perhatian sepenuhnya dan fokus dalam bidang pergigian ni :) sbb ni la cita cita ana dari sekolah lagi :/ cuma,lambat dicapai . Pada mulanya ingatkan tak tercapai rupanya Allah saja melambatkan impian ana. Ingatkan nnt akn jadi accountant dah la . haha. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :)

ana rasa amat bersyukur atas rezeki ni :) Semoga cita cita ana nak jadi doktor gigi akan dimakbulkan Allah nanti .ana berniat nak sambung pelajaran setinggi tingginya . kalau boleh nak sangat2 pi sambung belajar kat bumi kinanah ,Mesir mcm sahabat baik ana :D inshaaAllah smoga Allah perkenankan niat di hati ana ni.



Dental Surgery Assistant-to-be :) inshaaAllah

kalau dihitung2 hari dari hari ni, ada lebih kurang 2 minggu lagi ana akan mendaftarkan diri kat sana :)  perasaan? bercampur baur perasaan ana sekarang ni . teruja , gembira , takut , dan tak sabar sabar pun ada :) huhu .

Hmm,apa yg buat ana pening laa ni. persediaan satu apa pun tak buat lagi ni. malaih la nak buat persediaan ni. dua kali sambung belajar , dua kali kena buat persediaan . dah la ana memang "minat" dok kemas2 barang bubuh dlm beg =.='  arghh malaih2 :) dengan medical check up tak buat lagi . bukak account BSN pun takpi apa lg ni . nampak tak keserabutan di situ :P Anyway, by this week jugak ana perlu+mesti+akan settle kan semua ni *mood terpaksa* LOL .


P/S : Jangan terlalu berharap besar kepada manusia, tetapi berharaplah hanya kepadaNya, Sang Maha         Mengabulkan harapan kita semua :')

 Laila saeda . Salam ukwah fillah  ^.^


Jira boleh !  :D





Monday, 3 December 2012

Besedekah Sebelum Tengadah

Assalamualaikum ^.^

Actually,cheq malas lg nk post kt blog ni,tp rasa mcm nk post jgk,even sikit ja a.k.a quick post . huuu :)

ni dari cerita jiran saya,dia kata 2 hari lepas,ada seorang pak cik tua yg kelihatan sgt daif mai rumahnya bg salam, dan jiran saya pun jwb lah salamnya. Kata pak cik tersebut ” nak,pak cik ni orang fakir miskin” Jiran saya pun dgn pantasnya kata ” sat2 nah pak cik” sejurus kemudian Jiran saya pn keluar dan bagi la sikit duit kt pak cik tu – THE END

What i want to conclude in this post~ walaupun kita ni tak sekaya manapun or tak semampu org lain untuk sedekahkan wang yg bnyak untuk org yg tak berkemampuan seperti kafir miskin,anak yatim,musafir dll ..
jangan jadikan semua tu alasan untuk tidak bersedekah~ Bersedekahlah semampunya sbb biarpun RM sehinggit sja kita bg kt depa,klau kita ikhlas..In Shaa Allah, Allah akn memberkati org yg bersedekah dn org yg menerima sedekah tersebut :-D

::: Rasulullah bersabda, “Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah akan menambah kemuliaan kepada hamba-Nya yang pemaaf.Dan bagi hamba yang tawaduk kerana Allah S.W.T ,Allah akan mengangkat (darjatnya)

P/S : Islam itu adalah Keikhlasan dan Kejujuran

Good Night . Salam ukhwah fillah :D

Saturday, 1 December 2012

Beribadatlah Seperti Esok Kau Akan Mati

Assalamualaikum :D

Heiii bila sekali  jari jemari ni dah menaip, xsudah2 pulak taknak berhenti . grrrr :P
( jari aku jugak  )
saja nak cerita lagi :) semalam cerita sedih. ni cerita medium . errr medium ? tah apa pulak medium ? i mean sedih pun tidak, happy pun dak jugak :D tengah2 .ado pahe? heee :P 

hari ni jugak genap sebulan sya dok umah selepas menggangur dari pengajian di UNITEN. hahaha. *Err ada ka mnggangur? * Means ada lebih kurang sebulan lagi sya nak dok umah

sapa kata saya dok umah saja2  sepanjang sebulan ni? Aishhh mana ada :O pantang mak nenek mama saya, anak dara dia ni dok saja2 kt umah ! hahaha :D 

walaupun sya xrajin tara mana pun mcm anak dara yg lain anak kt luaq sana. Tapi sbagai anak prempuan satu2nya dlm umah NO 92 ni,saya ada tlong  mama sya buat kerja rumah sikit2 tu (ehh,sikit2 pun buat jgak kan? dari xbuat lnsung?) hahaha .

aishhh,terukkan saya ni sbenarnya :/ errr . yg penting ikhlas dari seorang anak :D heee peace yow !
Sepanjang cuti tanpa gaji ni ( err bila masa plak hang keja nazira?) haha. ni lah masanya sya nk luangkan masa sebanyak mngkin dgn parents dan dgn satu2nya adik lelaki sya :D Iyaa laaa lepas ni nk smbung belajaq dah. mesti  jarang2 balik ka.( huh.mcm la jauh sgt sg petani dgn penang kn )

Sempena cuti pnjang ni,tetiba ada keinsafan nak dekatkan diri dgn Allah lebih dekat :) chewah,tetiba jd baik pulak.Alhamdulillah hati ni lebih terbuka utk dekat diri dgn PenciptaNya :) boring2 pagi tu lpas subuh,tgok rancangan tanyalah ustaz walaupun sblum ni selalu jugak dpt free2 ja tazkirah dari ustaz persendirian~Ustaz Sundae  (wlaupun ustaz ni xdk ceritificate tp ustaz ni aishhh……) ok, lupakan

tak pun khatamkan buku2 ilimah yg beli belambak kat Popular tu :O  klau mlm jumaat tu,join mama dgn mak lang tgok semanis kurma ~ aiseh smua rancangan keagamaan :P bajet tgok la sgt hang ni nazira!  hahaha. ya laa kekadang dakwah melalui televisyen ni lebih mudah menarik perhatian kita . sbb ia senang dan berkesan. just tekan remote tv,dok depan tv,buka mata,telinga dan HATI utk terima sgala input dari apa yg kita dgar dn lihat :D Mudah ja kan? * heee .. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!  Ehh3? *


buku ni la sedang diusahakan utk dikhatamkan  :/  LOL

Owhhh yeahh! esok seorang sahabat sya ni nak pi hijrah ke KL  sebulan dua ni :) hijrah la sgt :P dia ni nak pi sana bkn saja2 nah !! katanya nak memberi ilmu dan berdakwah ke jalan Allah untuk generasi Islam akan datang yg HEBAT!  InShaaAllah semoga dia berada dibawah rahmat Allah sepanjang di sana. *jgn lupa bawak balik buah tngan kt cheq nohh? * kalu sudi lerrrrr *


Apa yg menjadi peganganku, yang tua akn pernah jd muda, tapi yg muda tak semestinya akan pernah jd tua.walaupun kita muda mhupun tua, Allah akan mengambil nyawa kita bila2 masa saja .takkan pernah lewat sesat dan takkan pernah cepat sesaat! Kematian bleh berlaku bila2 dan di mana2 saja. Mengingatkan hal ni,saya  rasa ketaq :(   Masa muda dan lapang yg Allah telah kurniakan pd tiap hambaNya,perlulah kita gunakan sebaik2 mngkin utk beribadat dn memohon ampun dr Allah . Hanya 3 perkara yg akan kita bawa hingga liang lahad ~ 1) du’a dari anak yg soleh 2)sedekah jariah 3)amalan di dunia . Hanya amalan ibadah yg  bleh selamatkan kita di hari pembalasan. Beribadatlah seolah2 esok kita akn mati ! Waahu’alam . 

P/S : jaga diri,iman & hati utk sahabat yg nk pi KL tu :) *cheq lupa nk habaq kt atas td*

Salam ukwah fillah :)

Friday, 30 November 2012

Perpisahan Dan Pertemuan Adat Dalam Kehidupan

Bismillahhirohmanirrohim.

Assalamualaikum :) 

Yow! whatssup bro sis ! hehe. rap pulak jadinya aku ni. err lamanya jarak masa dari post pertama ke post ni.hmm sbenarnya saya ni agak kemalasan nk update blog ni sbb ada “masalah teknikal sikit” pd tuan pnya blog nih :O hihi.

tengah sedih tu :P  *hoho*

Alhamdulillah,hari ni genaplah 16  muharram. tak sangka cepatnya masa berlalu,dah 16 hari rupanya kita berada dalam tahun baru  tahun 1434 hijrah.

Hari ni jugak genap sebulan saya meninggalkan Universiti Tenaga Nasional,Pahang :’( rasa mcm baru semalam ja saya dok baru daftar diri jadi student UNITEN tu.hmm.walaupun saya hanya sempat belajaq kat situ 2 semester yg  sepatutnya bulan januari tahun depan dh final exam,tapi kenangan selama sya dok kat Bandar Muadzam Shah tu masih terlintas difikiran kekadang tu :( 

bkn nak kata,tapi tempat yg cheq belajaq tu nama ja BANDAR MUADZAM SHAH tapi hakikatnya lansung tak dak rupa mcm bandaq tau.dengan hutan kelilingnya.suasana pagi2 ada kabus( mcm cameron highlands tu :) ) hehehe. Yang ada cuma pekan koboi ja kt situ yg sekadar diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelajar UNITEN,POLITEKNIK dan MRSM.


See ! Kabus kan? :) best dowh ! *snap in Desasiswa Bestari*


kalau nak ada panggung wayang ka . pusat bowling ka mmg ampa kena pi Pekan Kuantan yg memakan masa slama 2 jam dari Bndar Muadzam Shah.Memang saya dok ceruk hutan la kt situ :) tapi tmpat saya belajaq dulu tu mmg sesuai tuk belajaq sbb tmpat tu dpt elakkan kita dr tempat hiburan.Sehubungan itu,dapat la kita fokus pd pelajaran :) 

Apa yg saya nk cerita dlm post ni sebenaqnya ,saya rindu sangat kt  kwn2 yg still dok belajaq kt UNITEN tu :’( wlaupun sat saja perkenalan kami kt sana.tapi depa lah keluarga saya masa saya berjauhan dgn keluarga sya :/ makan,minum,belajaq,tidur,memasak,lepak, dan kongsi masalah semua dgn depa saat sya berjauhan dgn keluarga saya :’) semua tu tinggal kenangan yg sya xkan lupa sampai bila2 :) 


ni la ex-classmates saya masa kt UNITEN :')

bila saya xpaham apa yg lecturer ajaq dlm kuliah, kwn2 yg prihatin tlong ajaq balik kt sya smpai la saya betul2 fham . bila saya sedih rindukan keluarga sya, depa lah jadi tempat sya kongsi rasa sedih tu. walaupun saya satu2nya pelajar prempuan yg mai dari Kedah.itu tak dijadikan pnghalang bg depa nk berkwan rapat dgn sya :) depa teruja dpt belaja loghat kedah dgn saya :) kekadang tu,lawak jugak bila dengaq depa try cakap loghat utara ni . hahahaha :D tp,itu semua hnya tinggal kenangan :’)


Kerana cita2 dlm bidang pergigian yg telah lama diimpikan dari sejak sekolah, bidang perakaunan yg menjadi sebahagian minat sya selama ni terpaksa dilupakan selepas dpt tawaran di Kolej Pergigian Malaysia,Pulau Pinang (mai balik utara :) dari Pahang ke Penang ) . Bukan mudah nak tinggalkan kwn2 kt Pahang tu :/ mmg rasa gembira atas offer SPA tu tapi pada masa yg sama saya rasa berat hati dan sedih nk tinggalkan depa :( Hanya Allah saja yg tau betapa berbelah bahaginya hati saya ketika nk berpisah dgn depa.

sahabat baik+roomate+haousemate :)


mengingatkan diri  ini yg pertemuan dan perpisahan tu adat dlm kehidupan kita . suatu hari nanti kita akan berpisah jugak dgn jasad kita untuk menuju ke destinasi terakhir iaitu alam akhirat yg Allah telah janjikan :) 
 
Hopefully, kawan2 di sana (UNITEN) sentiasa dibawah rahmat Allah Azza Wajalla :) sya sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan korang semua :) korang semua sentiasa di hati saya <3 terima kasih dan maafkan saya atas segala-galanya selama saya bersahabat dgn korang . Hnya Allah saja mmpu membalas segala kebaikan kalian :) Didoakan persahabatan ini akan terjalin smpai bila2.Doakan juga 
kejayaan sya dlm bidang pergigian ni :) In Shaa Allah.

Salam Ukhwah Fillah ^.^


wah! ada kereta gigi  :O