Salamualaiyk sohibah sohibah sekalian ;)
dah lama rasanya tak menaip . hehe .
hari ni ana nak cerita pasal aktiviti dakwah yang baru ana sertai baru baru ni pada 23 Disember 2012 .
Alhamdulillah , perjalanan ana bersama sepupu ke Pulau Pinang berjalan lancar walaupun keadaan tidak selesa dan agak payah sebab dok naik bas dan feri dari Sungai Petani ke Pulau Pinang :)
Nasib baik sampai sampai ja kat terminal feri ada akak akak AJK Team Hijrah Penang sudi jemput kami kat sana . Thanks soo muchh kak Mai dan Kak Nadya :)
sesudah tiba dekat depan Ibu Pejabat Kontijen,Penang . segala perasaan cemas ,segan dan exited semua ada . huhu ~ mana tak nya , ana tak kenai kot depa semua . sepupu ana nasib dia ada 5 orang senior dia yg join street dakwah ni . ana? hmm,kena cari kawan baru la ~ hehe .
![]() |
| alhamdulillah ramai yang sanggup turun padang jugak :) |
Tapi depa semua cepat mesra dan ramah :) kak syarifah dengan kak athirah yg pengelola program pun baik sgt :) kak Noor Hafiza pun cute sgt orangnya bila jumpa depan depan nih ~ Alhamdulillah ana tak lah terasa terasing . majoriti semua peserta muda muda lagi . berniqab lagi tu ! ana respect sesangat depa !
Selang berapa minit ana sampai kami semua dibahagikan kepada 6 kumpulan . Tujuan? Haa ni exited nak cita nih :) tugas utama kami ialah ~ kami kena pi setiap lorong lorong atau kawasan di sekitar Penang Road dan Lebuh Dickens dan mengedarkan pamplet dan berikan penerangan kepada orang ramai kat situ tentang kepentingan menutup aurat !
![]() | ||||
| banner Kempen Tutup Aurat ~ |
Nampak macam senang ja kan? =.=' Allahu, hanya Allah sahaja tahu ~ hehe. bukan nak merungut tapi nak mengingatkan diri ni yang nak dai'e bukan mudah tapi Allah sentiasa membuka jalan untuk kita berusaha :) InshaaAllah . macam macam ragam manusia ni . ada yang terima seadanya penyampaian kami ada yang tak nak terima penyampain kami .
![]() |
| Sahabat-sahabat baru dalam team street dakwah :) |
Alhamdulillah, bukan setakat orang Islam saja yang sudi dengar penyampain dakwah kami tentang kepentinga aurat tapi orang bukan Islam jugak :) kami dapat menyampaikan dakwah kepada seorang lelaki berbangsa Inggeris dan Cina . Allahu , depa dengan sporting dan bersungguh sungguh dengar penyampaian kami tentang aurat dan Islam . Didoakan depa diberi hidayah Allah untuk memeluk Islam . Allahumma ameen :D
![]() |
| Bersama uncle dari England yg sangat sporting mendengar dakwah kami :) |
Kami semua diberi masa sejam untuk mengedarkan pamplet tu pada orang ramai . walaupun dibawah sinar mentari yang terik kami berjalan jalan disekitar Penang Road tu . kami tetap kuatkan semangat untuk berdakwah ~ :D
Semoga penat lelah ni amat bernilai di sisi Allah . InshaaAllah :)
Dalam pukul 12.30 tengahari tu kami di beri pelepasan oleh kak Athirah dan kak Syarifah untuk pi rehatkan diri dan buat persediaan solat zuhur :)
Syukur alhamdulillah walaupun pertemuan kami seketika cuma , banyak pengalaman dan ilmu yang dapat ana peroleh :) segala kenangan di sana akan ana simpan rapat rapat dalam hati ni .
Semoga pertemuan seketika cuma ni akan barakah dan menjadi ingatan paling manis sohibah sohibah yang berpanjangan sampai bila bila :) Allahumma ameen !
![]() |
| Jom berdakwah :) |
P/S : Jalan dai'e berliku tapi dengan adanya Allah di hati , InshaaAllah diluruskan :)





assalamualaikum..subhanaallah,,terharu ada orang sebut nama akk dalam entry dia..
ReplyDeletehee..ni kak norr hafiza :)
salam ukhwah,,insyaallah nti street dakwah 2 pulak akan blnsung.jemput la ye :)