Tuesday, 18 December 2012

Menghitung Hari

  بسم الله الرحمن الرحيم

سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر ولا حول ولا قوه الا بالله  ♥

Salamualaiyk sahabat sahabatku :)

 الحمد لله  berjumpa lagi kita .

Sebenarnya mata ana dah berat , yg menandakan ana dah mengantok ! tapi,rasa nak menaip tu still berkobar kobar . So, ana teruskan niat baik ni. chewah! haha.

Tajuk post kali ni "Menghitung Hari" ? haha. lain mcm ja kan bunyi dia :) hehe. mcm nak kawen pung ada . mcm tunggu org mai minang pung ada :-P (Allahu :O ,gatai sungguh mu ni nazira !) hahaha :-D

Sebenarnya lagu ni , ana sedang menghitung hari nak melanjutkan pelajaran ke Pusat Pergigian Kanak – kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang :-D hmm,ana bukan apa,ana tak sabaq pi sambung belajar buat kali "kedua" selepas berhenti pengajian dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)  :( sbb ...



ni la tempat ana belajaq nanti  :)


Seriously nak habaq ni. boring sangat dok umah :/ rindu nak rasa suasana belajaq :) hehe. lagipun rasa nak "sibukkan diri" , sebab nak lupakan segala yg rasa tak penting dlm fikiran ni  =.='  huuu ~




Dah berazam nak tumpukan perhatian sepenuhnya dan fokus dalam bidang pergigian ni :) sbb ni la cita cita ana dari sekolah lagi :/ cuma,lambat dicapai . Pada mulanya ingatkan tak tercapai rupanya Allah saja melambatkan impian ana. Ingatkan nnt akn jadi accountant dah la . haha. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui :)

ana rasa amat bersyukur atas rezeki ni :) Semoga cita cita ana nak jadi doktor gigi akan dimakbulkan Allah nanti .ana berniat nak sambung pelajaran setinggi tingginya . kalau boleh nak sangat2 pi sambung belajar kat bumi kinanah ,Mesir mcm sahabat baik ana :D inshaaAllah smoga Allah perkenankan niat di hati ana ni.



Dental Surgery Assistant-to-be :) inshaaAllah

kalau dihitung2 hari dari hari ni, ada lebih kurang 2 minggu lagi ana akan mendaftarkan diri kat sana :)  perasaan? bercampur baur perasaan ana sekarang ni . teruja , gembira , takut , dan tak sabar sabar pun ada :) huhu .

Hmm,apa yg buat ana pening laa ni. persediaan satu apa pun tak buat lagi ni. malaih la nak buat persediaan ni. dua kali sambung belajar , dua kali kena buat persediaan . dah la ana memang "minat" dok kemas2 barang bubuh dlm beg =.='  arghh malaih2 :) dengan medical check up tak buat lagi . bukak account BSN pun takpi apa lg ni . nampak tak keserabutan di situ :P Anyway, by this week jugak ana perlu+mesti+akan settle kan semua ni *mood terpaksa* LOL .


P/S : Jangan terlalu berharap besar kepada manusia, tetapi berharaplah hanya kepadaNya, Sang Maha         Mengabulkan harapan kita semua :')

 Laila saeda . Salam ukwah fillah  ^.^


Jira boleh !  :D





No comments:

Post a Comment